Bekam




Bekam atau perkataan Arabnya “Al Hijamah”  yang membawa dua pengertian, yang pertama adalah kalimah "hajama" di mana ia bermaksud  “menyedut” iaitu menyedut atau menghisap gumpalan darah di tempat yang tertentu di anggota badan. Adapun kalimah “hajjama” yang membawa maksud ”menghalang” atau “mencegah” iaitu menghilangkan penyakit dan mencegahnya daripada kembali semula dan bukannya “al fashd” (pembuang darah) manakala dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Cupping”. 

Iaitu merupakan suatu kaedah perubatan dengan menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum yang bersih dan suci.

Jenis-jenis bekam atau hijamah:


1)Hijamah Jafah(جفة)
Iaitu kaedah sedutan angin untuk mengeluarkan angin yang berlebihan yang mengganggu sistem saraf dalam anggota badan tertentu dan yang tidak ditoreh pada tempatnya. Terdapat dua cara dalam kaedah ini:
a)Tetap : Iaitu dengan meletakkan alat bekam pada tempat tertentu lalu menyedutnya tanpa digerakkan ke tempat yang lain.
b)Bergerak : Iaitu dengan menyapukan minyak habbatul barakah atau minyak zaitun pada tempat tertentu lalu disedut dengan alat bekam. Kemudian alat tersebut digerakkan ke seluruh anggota badan.
2)Hijamah Rutbah(رطبة)
Iaitu pengeluaran darah kotor dalam badan disamping mengeluarkan angin berlebihan dengan kaedah menoreh pada tempat-tempat tertentu. Terdapat dua kelebihan bagi kaedah ini iaitu
a)Perubatan : Bertujuan mengubati penyakit-penyakit tertentu pada tempat-tempat tertentu dan sangat afdal jika dilakukan pada waktu-waktu yang disarankan.
b)Pemeliharaan : Bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, menguatkan sel-sel badan dan mengaktifkannya.

Mengapa Perlu Berbekam..?
Bekam merupakan suatu kaedah pengubatan sunnah Rasulullah SAW yang mana ia bukanlah perubatan alternatif tetapi sebaliknya bekam adalah satu cara pengubatan yang utama dan wajib diamalkan kerana datangnya daripada Allah SWT.

Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor iaitu toksik atau racun yang merbahaya dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Toksik adalah endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh. Di mana ia berpunca dari pencemaran udara dan makanan yang kita makan setiap hari.

Dengan berbekam juga dapat merangsang kembali saraf-saraf yang telah lemah atau tidak aktif di dalam tubuh badan seseorang. Oleh itu dengan kaedah bekam ini sistem imuniti tubuh akan dapat dipulihkan kembali.

Dengan erti kata lain kaedah perubatan bekam ini sangat berkesan sekali untuk menghilangkan rasa sakit dan dapat mengubati pelbagai penyakit-penyakit merbahaya yang mana dapat melengkapkan lagi kaedah perubatan moden dengan membantu melancarkan sistem tubuh dan membersihkan darah daripada sisa-sisa toksik, racun dan angin yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan biasa.

Sejak zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam telah menjadi amalan bagi penyembuhan berbagai penyakit, seperti sawan (epilepsy), angin ahmal (stroke), hingga ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam. Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan insan yang pertama dibekam para malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi’raj.


Malah seluruh pakar perubatan telah mengiktiraf kaedah perubatan ini kerana keberkesannya dalam merawat pelbagai penyakit dan sebagai pelengkap kajian perubatan dari semasa 


Khasiat Berbekam

*Membantu menghilangkan pening dan migrain. 

*Membantu membuang angin dalam badan.


*Melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.


*Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.


*Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

 
*Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.


*Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.


*Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.


*Membantu menajamkan penglihatan kerana peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan menjadi kabur.


*Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, stress dan buah pinggang.

Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia, bekam adalah sunnah Rasulullah SAW. Ia datang melalui wahyu kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka tentulah banyak hikmah yang terkandung didalamnya.

Baru-baru ini dalam sebuah laporan ada menyatakan bahawa Dr. Nishi Joshi menggunakan akupuntur dan bekam untuk menangani kanser payudara dari artis Kylie Minogue serta menterapi Cate Blanchett dan Kate Moss. Ini kerana menurut kajiannya dengan berbekam dapat merangsang dan mengaktifkan kembali sistem kekebalan tubuh dengan menggalakkan pengeluaran enkefalin dan pelepasan neurotransmiter serta pelebaran pembuluh darah.


HADIS-HADIS BERKENAAN BEKAM: ya.

Rasulullah SAW bersabda : “Diharuskan berbekam pada lekukan leher sebelah atas. Sesungguhnya hal itu menjadi ubat kepada 72 jenis penyakit”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Naim

Rasulullah setiap kali sahabat menemui baginda lalu menceritakan tentang sakit kepala yang dialami mereka, baginda bersabda : “Berbekamlah” (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik
Telah bersabda Rasulullah SAW “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu Majah

Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay” Hadith Sahih Al Bukhari.

Dari Umar r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah bekam. (Kasyful Astaar 'an-Zawaa-idil Bazaar)

PENYAKIT-PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH BEKAM :

1) Kegemukan
2) Batu karang
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi kencing
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-Gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Tekanan darah rendah
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit pinggang
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Sakit belikat
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Masalah hempedu
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Penyakit mata
67) Berhenti haid
68) Sakit lutut dan sendi
69) Penyakit rahim
70) Keputihan
71) Masalah kesuburan
72) Batuk kronik dan penyakit paru-paru

Tarikh terbaik untuk berbekam ialah pada tanggal 17, 19 dan 21 haribulan Hijrah. Sebagaimana diriwayatkan  Abu Hurairah yang berkata Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 maka ia akan menyembuhkan semua penyakit." (Hadis riwayat Abu Daud)

Adalah dianjurkan untuk berbekam ketika perut kosong atau sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan. Juga digalakkan untuk berpuasa sehari sebelum berbekam.


PERBEZAAN PERUBATAN BEKAM WAHYU DENGAN PERUBATAN BIASA

Cara rawatan yang diamalkan Rasulullah SAW adalah perubatan wahyu kerana kepastiannya datang dari Allah SWT seperti kata Ibnul Qayyyum, perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW tidak seperti layaknya perubatan ahli medik. Perubatan Rasulullah SAW wajib diyakini dan bersifat pasti (qath’i) bersumber dari ilahi dan wahyu. Oleh itu ia bukan perubatan alternatif tetapi kaedah perubatan utama yang wajib diamalkan. Berpaling dari mengamalkanya bererti berpaling dari kaedah perubatan Al Quran.

Oleh itu, bila cara pengubatan lain sudah tidak menjanjikan kesembuhan dan memberi apa-apa pengharapan lagi maka kembalilah kepada perubatan dan amalan sunnah kerana Allah SWT tidak menurunkan sesuatu penyakit itu tanpa disertai dengan penawarnya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 

"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan  dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, jadi berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram."





No comments:

Post a Comment

Sebarang Pertanyaan Sila Call/SMS 013-6099692 atau 019-2942679. Segala Pertanyaan Anda Adalah Amat Dialu-alukan dan Akan Dilayan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...