Basuh muka dengan air biasa kemudian
sapukan Firming Cleanser di 5 titik point muka, sapu dengan rata
dan biarkan selama 30 saat ke 2 minit. Setelah rasa berangin, ambil air setitik
dua dan gosok membulat ke atas, kemudian bilas dengan air. Boleh pakai sehari 2
atau 3 kali. Cleanser ini tidak akan mengeringkan muka malah kulit bertambah
cerah dan bersih.
Calming Cleansing Milk ini adalah pencuci susu yang amat lembut dan sangat sesuai untuk penggunaan kulit sensitif, ekzema dan lain-lain penyakit kulit. Sehingga bayi yang berumur 2 bulan juga boleh menggunakan produk ini. Sebaiknya gunakan Calming Cleansing Milk sebagai pembersih solekan atau sebagai pembersih muka sebelum menggunakan Firming Cleanser. Cara penggunaan adalah sama seperti Firming Cleanser tetapi jika anda mengalami masalah kulit sensitif seperti ekzema, kemerahan dan pedih (sunburn/mengelupas), biarkan Cleansing Milk lebih lama pada kulit anda iaitu sehingga 5-10 minit.
Setelah wajah dikeringkan, ambil Refreshing
Hidrating Lotion (Toner),
goncang dahulu botol sebelum guna dan pamkan pada tapak tangan kemudian dap-dap
pada semua bahagian muka. Tidak perlu menggunakan kapas dan tidak perlu digosok
pada muka. Hanya letakkan pada tapak tangan dan dap-dap pada semua bahagian
muka.
Gunakan Essence Sebum Gel selepas Refreshing Hydrating Lotion.
Hanya perlu letak pada kawasan yang bermasalah seperti jerawat, white head,
black head, kawasan berminyak dan pada kulit yang mempunyai liang pori-pori
terbuka seperti di hidung, pipi, dagu dan dahi (T-Zone).
Selepas itu, ambil Sun Protection SPF 50 (Sunblock) iaitu krim siang yang mampu mencerahkan
tanpa berminyak. Goncang dahulu botol sebelum guna dan tepek pada seluruh wajah
kemudian ratakan dengan lembut membulat ke atas pada seluruh wajah sehingga
menyerap. Lebihkan pada kawasan yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, dark
eye ring, eye bag, parut, ekzema, kulit yang sensitif dan pada celahan-celahan
kulit. Boleh digunakan 2 atau 3 kali sehari. Pemakaian yang kerap akan memberi
kesan glowing, gebu dan berseri dengan cepat. Sun Protection SPF 50 ini juga boleh
digunakan pada waktu malam bagi menangkis sinaran cahaya lampu.
Stem
Cell Serum (Krim Anti Kedutan) amat sesuai untuk pengguna yang berumur
45 tahun keatas. Boleh digunakan pada waktu siang dan malam. Iaitu gunakan Stem Cell Serum sebelum penggunaan Sun Protection
SPF 50 pada waktu siang dan malam selepas memakai Refreshing Hidrating Lotion.
Lebihkan Stem Cell Serum pada tempat kedutan.
Stem
Cell Sleeping Gel sesuai digunakan untuk semua jenis
kulit dan tanpa mengira usia. Ianya berfungsi untuk menjana semula tisu-tisu
dan sel-sel kulit. Stem Cell
Sleeping Gel hanya digunakan pada waktu malam sahaja. Sebelum tidur sapukan
pada semua bahagian muka selepas memakai Refreshing Hidrating Lotion. Lebihkan
pada bahagian kedutan dan garis halus. Digalakkan untuk membuat urutan firming
(urutan ke atas). Penggunaan produk ini akan membuat kulit menjadi tegang,
gebu, cerah dan berseri.
I-Moisturiser digunakan untuk melembab dan merawat
kulit yang tersangat kering. Ia mampu memperbaiki kulit kering yang rosak. Gunakan I-Moisturiser selepas Refreshing Hydrating Lotion
dan sebelum Sun Protection SPF 50. Boleh digunakan pada siang dan malam.
Oxygenating Radiant Mask. Berfungsi sebagai detox dan rawatan
intensif untuk kulit muka. Pakai pada waktu malam dengan cara meletakkan perlahan-lahan helaian mask
ke seluruh wajah dan biarkan semalaman. Pakai selepas cuci muka dan tak perlu
pakai Resfreshing Hidrating Lotion dan juga Stem Cell Sleeping Gel. Gunakan
sekali seminggu.
Claryfying Renewal Mask. Berfungsi sebagai detox untuk memulihkan
kulit yang sensitif, berminyak dan berjerawat. Pakai pada waktu malam dengan
cara meletakkan perlahan-lahan helaian mask ke seluruh wajah dan biarkan
semalaman. Pakai
selepas cuci muka dan tak perlu pakai Resfreshing Hidrating Lotion dan juga
Stem Cell Sleeping Gel. Gunakan
sekali seminggu.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Pertanyaan Sila Call/SMS 013-6099692 atau 019-2942679. Segala Pertanyaan Anda Adalah Amat Dialu-alukan dan Akan Dilayan...