1. Kulit Normal
2. Kulit Berminyak
3. Kulit Kombinasi
4. Kulit Kering
5. Kulit Matang
6. Kulit Sensitif
1. Kulit Normal
Kulit jenis biasa (normal) adalah
kurniaan Tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih seperti kulit bayi.
Cara mengetahui adalah kulit anda
termasuk jenis kulit normal atau bukan adalah dengan mengusap wajah dengan tisu
pada pagi hari.
Jika tidak ada minyak yang
melekat malah tisu kelihatan kering, bererti kulit anda termasuk dalam jenis
kulit normal.
2.
Kulit Berminyak
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka.
Ia kemungkinan bermasalah (jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana
kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada
permukaan kulit.
Disamping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan
makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan
kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.
Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
- Blackhead
- Jerawat
- Pori pori terbuka
- Parut
- Keseluruhan muka berminyak
3. Kulit Kombinasi
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang
kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori
adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.
Penjagaan kulit
sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala
kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang
digunakan, keadaan persekitaran dan hormon.
Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
- Kelenjar minyak yang tidak sekata
- Muka kering
- Jeragat (pigmentasi)
- Whitehead ( Milia Seed )
4. Kulit Kering
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya
sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau
terdedah pada penghawa dingin (air-conditoner), pembersih muka yang beralkali
tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat-ubatan
(medications-Roaccutane).
Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
- Kedut / garis garis halus
- Bintik bintik hitam (freckles)
- Whitehead ( Milia Seed )
- Hitam di sekeliling mata
- Jeragat (pigmentasi)
- Keseluruhan muka kering dan kusam
Tips : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung
secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda
adalah kering dan perlu diberi perhatian. Kulit kering adalah salah satu
penyebab jeragat!!!
5. Kulit Matang
Kulit matang adalah kulit yang telah kehilangan kadar kelembapan atau
kelenjer minyak tidak mampu untuk menghasilkan minyak sebum. Ini disebabkan
oleh faktor usia yang telah lanjut (45 tahun ke atas) dan sering terdedah pada
panas terik atau penghawa dingin (air-conditoner) di awal usia.
Selain
itu, penggunaan pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih
berlebihan), kurang minum air dan kurangnya vitamin menyebabkan kejadian kulit
matang ini.
Ciri-ciri kulit matang adalah:
- Kedutan / Garis Tebal
- Kulit Berkedut dan Jatuh
- Tiada penjagaan kulit dari awal usia
- Disebabkan oleh makanan tidak seimbang atau salah guna produk.
6.
Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar.
Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah
dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut.
Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan,
jenis produk, skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita
selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor
persekitaran.
Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi apabila:-
- Guna produk muka jenama baru
- Makan sesuatu jenis makanan
- Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
- Masa mandi dan minum air berklorin
- Terkena sabun cuci baju
- Berada di tempat atau bangunan tertentu
- Sedang stress
Simptom Semasa Kulit Sensitif
- Kulit menjadi merah
- Kulit menjadi pedih
- Kulit mengelupas
- Kulit rasa terbakar
- Tompok-tompok hitam
- Naik ruam /jerawat
- Semua diatas.
KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar
minyak terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satupunca minyak
berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak
berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang
sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut,
dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.
Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
- Blackhead
- Jerawat
- Jerawat batu
- Pori-pori terbuka
Sesiapa yang mengalami sebarang masalah kulit boleh rujuk pada saya terus di
talian 019-2942679 atau Whatsapp 016-9720724, saya sedia membantu anda,
terutama sekali wanita.
No comments:
Post a Comment
Sebarang Pertanyaan Sila Call/SMS 013-6099692 atau 019-2942679. Segala Pertanyaan Anda Adalah Amat Dialu-alukan dan Akan Dilayan...