Saturday, November 20, 2010

Bekam



Bekam atau perkataan Arabnya “Al Hijamah”  yang membawa dua pengertian, yang pertama adalah kalimah "hajama" di mana ia bermaksud  “menyedut” iaitu menyedut atau menghisap gumpalan darah di tempat yang tertentu di anggota badan. Adapun kalimah “hajjama” yang membawa maksud ”menghalang” atau “mencegah” iaitu menghilangkan penyakit dan mencegahnya daripada kembali semula dan bukannya “al fashd” (pembuang darah) manakala dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “Cupping”. 

Iaitu merupakan suatu kaedah perubatan dengan menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum yang bersih dan suci.

Jenis-jenis bekam atau hijamah:

1)Hijamah Jafah(جفة)
Iaitu kaedah sedutan angin untuk mengeluarkan angin yang berlebihan yang mengganggu sistem saraf dalam anggota badan tertentu dan yang tidak ditoreh pada tempatnya. Terdapat dua cara dalam kaedah ini:
a)Tetap : Iaitu dengan meletakkan alat bekam pada tempat tertentu lalu menyedutnya tanpa digerakkan ke tempat yang lain.
b)Bergerak : Iaitu dengan menyapukan minyak habbatul barakah atau minyak zaitun pada tempat tertentu lalu disedut dengan alat bekam. Kemudian alat tersebut digerakkan ke seluruh anggota badan.
2)Hijamah Rutbah(رطبة)
Iaitu pengeluaran darah kotor dalam badan disamping mengeluarkan angin berlebihan dengan kaedah menoreh pada tempat-tempat tertentu. Terdapat dua kelebihan bagi kaedah ini iaitu
a)Perubatan : Bertujuan mengubati penyakit-penyakit tertentu pada tempat-tempat tertentu dan sangat afdal jika dilakukan pada waktu-waktu yang disarankan.
b)Pemeliharaan : Bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, menguatkan sel-sel badan dan mengaktifkannya.

Mengapa Perlu Berbekam..?
Bekam merupakan suatu kaedah pengubatan sunnah Rasulullah SAW yang mana ia bukanlah perubatan alternatif tetapi sebaliknya bekam adalah satu cara pengubatan yang utama dan wajib diamalkan kerana datangnya daripada Allah SWT.

Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor iaitu toksik atau racun yang merbahaya dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Toksik adalah endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh. Di mana ia berpunca dari pencemaran udara dan makanan yang kita makan setiap hari.

Dengan berbekam juga dapat merangsang kembali saraf-saraf yang telah lemah atau tidak aktif di dalam tubuh badan seseorang. Oleh itu dengan kaedah bekam ini sistem imuniti tubuh akan dapat dipulihkan kembali.

Dengan erti kata lain kaedah perubatan bekam ini sangat berkesan sekali untuk menghilangkan rasa sakit dan dapat mengubati pelbagai penyakit-penyakit merbahaya yang mana dapat melengkapkan lagi kaedah perubatan moden dengan membantu melancarkan sistem tubuh dan membersihkan darah daripada sisa-sisa toksik, racun dan angin yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan biasa.

Sejak zaman mesir kuno lagi kaedah berbekam telah menjadi amalan bagi penyembuhan berbagai penyakit, seperti sawan (epilepsy), angin ahmal (stroke), hingga ke penyakit yang ringan seperti masalah kulit dan letih lesu. Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam. Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan insan yang pertama dibekam para malaikat dengan perintah Allah SWT sebelum Isra dan Mi’raj.


Malah seluruh pakar perubatan telah mengiktiraf kaedah perubatan ini kerana keberkesannya dalam merawat pelbagai penyakit dan sebagai pelengkap kajian perubatan dari semasa ke semasa. 


No comments:

Post a Comment

Sebarang Pertanyaan Sila Call/SMS 013-6099692 atau 019-2942679. Segala Pertanyaan Anda Adalah Amat Dialu-alukan dan Akan Dilayan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...