Wednesday, December 5, 2012

Anda Perlu Tahu

Aura
Aura kepada tubuh manusia adalah ibarat lapisan ozon kepada bumi. Lapisan ozon memainkan peranan penting sebagai perisai melindungi manusia dan hidupan lain daripada sinaran ultra-ungu yang berbahaya dan lapisan ozon juga membantu mengawal suhu bumi. Dengan penipisan ‘perisai’ ini, manusia semakin berisiko untuk terdedah kepada bahaya penyakit kanser kulit, kataraks dan kelemahan sistem imunisasi. Begitu juga dengan fungsi aura kepada manusia. Aura adalah satu medan elektromagnet yang melingkari di sekeliling tubuh badan manusia dan amatlah penting dalam melindungi tubuh manusia.
Gaya hidup di arus pemodenan masa kini yang senantiasa mengejar masa, menyebabkan majoriti daripada kita mengambil jalan pintas dengan mengamalkan tabiat pemakanan tidak sihat (iaitu mengambil makanan diproses dan makanan segera) yang tidak baik untuk tubuh badan. Tuntutan kerjaya yang mendesak menyebabkan rokok, alkohol dan penyalahgunaan dadah telah dijadikan oleh sesetengah individu sebagai bahan penenang minda atau untuk mengurangkan tekanan. Dunia tanpa sempadan menyebabkan segala urusan berada dihujung jari – komputer atau komputer riba, telefon bimbit dan alat-alat elektronik yang lain kerap digunakan. Manusia kini terdedah kepada pelbagai bentuk radiasi setiap hari. Gejala-gejala ini merupakan punca-punca kerosakan atau kebocoran aura yang mengakibatkan manusia hidup penuh dengan tekanan, kemurungan dan mudah untuk marah. Ini jika tidak ditangani, akan membawa kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih kritikal lagi.
Antara kesan-kesan akibat kerosakan atau kebocoran aura adalah:
• Keletihan
• Kekurangan tenaga
• Kesunyian/Kemurungan
• Pemikiran dan perasaan dengan perilaku yang negatif/tidak seimbang dan di luar kawalan
• Kelemahan sistem energi yang membawa kepada pelbagai isu kesihatan terutamanya kesihatan fizikal


Bahaya Radiasi Telefon Bimbit
Bahaya Radiasi Telefon BimbitTelefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:

  • Apakah itu E.M.R?
    E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.
  • Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
    Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
  • Adakah telefon bimbit membahayakan?
    Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

    Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
  • Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
    Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

    Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

    Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'

    Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

    Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'

    Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
    (Sumber dari BBC News)


    Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik

    Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
    (Sumber dari CNN, Dis 2008)


    Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan

    Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
    (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')


    Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda

    Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
    (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)


    Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak

    Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
    (Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)

FUNGSI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI

Kita sering menemukan karakter orang lain di sekitar kita, ada orang yang pandai dalam ilmu pengetahuan tapi tidak pandai bergaul dan bersosialisasi. Atau sebaliknya ada orang yang pandai bergaul atau bersosialisasi tapi tidak pandai dalam ilmu pengetahuan. Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan antara otak kanan dan otak kiri.

Berdasarkan hasil penelitian  seorang neuropsikologi, Roger Wolcott Sperry di awal tahun 1960, dia mendapati bahawa otak memiliki fungsi yang berbeza di setiap sisi kiri dan kanannya.

PERBEZAAN  FUNGSI OTAK KANAN DAN OTAK KIRI
Fungsi otak kanan berkaitan dengan perkembangan emotional quotient (EQ). Misalnya sosialisasi, komunikasi, interaksi dengan manusia lain serta pengendalian emosi. Pada otak kanan ini pula terletak kemampuan intuitif, kemampuan merasakan, memadukan, dan ekspresi tubuh, seperti menyanyi, menari, dan melukis :

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.

Fungsi otak kiri berkaitan dengan hal-hal yang berhubungan dengan logika, rasio, kemampuan menulis dan membaca, serta merupakan pusat matematika. Bahagian otak ini merupakan pengendaliintelligence quotient (IQ). Daya ingat otak bahagian ini juga bersifat jangka pendek :

  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.
brain function
Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal). Manakala otak kiri lebih kepada pengiraan, sistematik dalam mengatur pelan perancangan (macam main catur). Walau bagaimanapun adalah didapati ramai manusia di dunia ini lebih cenderung menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan. Namun kedua-duanya saling berkaitan dan manusia perlu menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum.


Berikut ini adalah tips atau cara untuk mengetahui apakah anda cenderung menggunakan otak kiri atau otak kanan.
Rapatkan kedua-dua tangan anda seperti ini...
Cuba anda perhatikan jempol tangan kiri dan kanan anda berada di manakah..?
jempolve4
Jika “jempol tangan kiri” anda berada paling atas, maka anda telah menggunakan otak kanan
Sebaliknya jika “jempol tangan kanan” anda berada di atas, maka anda telah menggunakan otak kiri
Sekarang cuba silangkan lengan anda atau peluk tubuh pula....









Di sini maksudnya pun sama sahaja iaitu kalau lengan kanan di atas lengan kiri bermakna anda menggunakan otak kiri dan jika lengan kiri di atas lengan kanan bermakna anda menggunakan otak kanan.
Atau cuba silangkan kaki pula...
Sama juga kalau kaki kiri di atas kaki kanan maka anda menggunakan otak kanan dan sebaliknya. Tetapi jika anda boleh mengalihkan kaki anda kepada ke dua-dua arah maka bermaksud anda menggunakan kedua-dua belah otak anda ( otak kiri dan otak kanan)...TAHNIAH!!!

OK...Sekarang cuba ujian ini pula...

Adakah anda melihat gambar wanita di atas berpusing mengikut arah jam..?
Jika ya....bermaksud anda sedang menggunakan otak kanan tetapi jika anda melihat gambar wanita itu berpusing mengikut arah lawan jam bermaksud anda sedang menggunakan otak sebelah kiri anda. Cuba usahakan diri anda untuk dapat melihat pergerakan wanita itu dari ke dua-dua arah...Untuk melatih otak anda dan untuk mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi sila klik di ... > S I N I <

TEST PENGACAU OTAK KIRI DAN OTAK KANAN
warna
Cuba anda perhatikan tulisan-tulisan di atas yang menyatakan warna (Yellow, Orange, Blue, Black, Green, Red, dan selanjutnya), kemudian sebutkanlah warnanya bukan menyebutkan tulisannya. Otak kanan anda berusaha menyebutkan warnanya, tetapi otak kiri anda tetap membaca tulisannya ! Cubalah, pasti anda akan terganggu oleh konflik otak kiri dan otak kanan anda.

No comments:

Post a Comment

Sebarang Pertanyaan Sila Call/SMS 013-6099692 atau 019-2942679. Segala Pertanyaan Anda Adalah Amat Dialu-alukan dan Akan Dilayan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...