Monday, December 24, 2012

Makanan Pencegah Jerawat


1. Epal

Selain mencegah jerawat makanan ini juga memiliki khasiat yg lain, epal mengandung pektin yang berfungsi untuk melawan lemak dan menurunkan kolesterol, seratnya membantu proses pencernaan. Isi buahnya membantu melarutkan kristal asam di dalam sendi, baik untuk artisis, konstipasi, kolesterol tinggi, gangguan hati ringan dan kegemukan. Asam klorogeniknya berfungsi menghalagi pembentukan sel-sel kanser, manakala polifenolnya sudah terbukti mampu membunuh virus.



2. Pisang

Pisang banyak mengandung kalium dan sedikit kromium yang diperlukan untuk pembentukan enzim. Baik untuk divertikulitis, ulkus, kolitis, heartburn dan kelelahan.



3. Daun Seleri/Daun Sup

Daun seleri mengandung natrium sebagai pelarut untuk melepaskan deposit kalsium yang berada di ginjal dan sendi. Magnesium yang ada berfungsi menghilangkan stress. Makanan ini baik untuk alahan, kesulitan berkonsentrasi, ekzema, psoriasis dan hiperaktivitas. Kandungan Phthline juga berfungsi sebagai penenang.



4. Mangga

Mangga kaya akan eromophiline berfungsi untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan menenangkan ketegangan saraf. Sedang anthocyanidin-nya melancarkan peredaran darah. Selain itu buah ini juga berkhasiat untuk merawat asma, bronkitis, sesak nafas dan influensa berat.


5. Karot

Karot yang merupakan sumber beta karoten ini mengandung anti oksidan kuat yaitu phtalein dan gluthatione sehingga sayuran ini mampu menormalkan seluruh sistem tubuh. Pengambilan sayuran ini juga mampu memperbaiki kualiti ASI, penyembuhan penyakit gastrik, kanser, masalah kulit, dan jika dicampur dengan epal dan taugeh boleh menjadi minuman untuk meningkatkan kesuburan wanita dan kualiti sperma.



6. Brokoli

Brokoli kaya dengan anti-oksidan yang dapat membantu mencegah radikal bebas dan berkesan juga untuk mencegah stroke.

 


7. Tomato

Tomato mengandung pelbagai vitamin, diantaranya vitamin C, viamin A dan B1 serta mengandungi zat-zat seperti protein, kalsium, besi, dan belerang. Untuk mengcegah jerawat, pilih tomato yg sudah masak, kemudian dipotong kecil-kecil, setelah itu terus digosok pada wajah yang berjerawat. Jika anda tekun mengamalkan petua ini, insya'Allah wajah anda akan kembali berseri-seri dan bebas dari jerawat.



8. Timun

Mentimun (Cucumis sativus) juga dapat digunakan untuk merawat jerawat. Disamping mengandung banyak air, ia juga mengandung vitamin A, B1 dan C serta beberapa zat seperti saponin, protein, lemak, kalsium, fosfor, besi dan belerang. Berkaitan dengan jerawat, pilih timun yang masih muda. Cuci bersih, lalu dipotong-potong, kemudian perlahan-lahan gosokkan pada wajah yang berjerawat. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya 3 kali sehari.



9. Limau Nipis

Buah limau nipis mengandungi unsur senyawa kimia antara lain limonene, linalin asetat, geranil asetat, felladren, sitral, dan asid sitrat. Untuk menghalangi jerawat, pilih buah limau nipis yang sudah tua lalu dipotong-potong. Gosokkan pada wajah yang berjerawat, sebanyak 2-3 kali sehari. Atau dengan ramuan tradisional iaitu sediakan 20 kuntum bunga melati, asam jawa sebesar ibu jari, sebiji buah limau nipis. Caranya, bunga melati dan asam jawa ditumbuk halus. Dicampur dengan air limau nipis. Kemudian gosok perlahan-lahan pada wajah yang berjerawat.



10. Minyak Ikan

Mengambilan ikan, bukan sahaja bagus untuk kesihatan. Malah omega-3 yang terkandung pada ikan sangat bagus untuk menjaga kulit agar tetap iehat dan mencegah jerawat. Salmon, tuna dan ikan kod kaya dengan omega-3. Sebagai pilihan, kita boleh mengambil suplemen minyak ikan.

SELAIN MENGAMALKAN AMALAN DI ATAS, GUNAKANLAH PRODUK PENJAGAAN KULIT YANG TERBAIK DAN BERKESAN. DI SINI SAYA MENGESYORKAN ANDA MENGGUNA PRODUK PENJAGAAN KULIT DAN KECANTIKAN ZARRAZ PARAMEDICAL


KERANA..........
'Beauty Is Responsibility'

No comments:

Post a Comment

Sebarang Pertanyaan Sila Call/SMS 013-6099692 atau 019-2942679. Segala Pertanyaan Anda Adalah Amat Dialu-alukan dan Akan Dilayan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...